DonatGebuuu
Simplification
Follow
Dashboard
Entries About Stuff Linkies

Freedom!!! Aku dah habis SPM!!
Thursday 28 November 2013 | 01:51 | 0 Atashinchi ?


Assalamualaikum (:

  Harini aku gembira. Gembira sebab aku dah habis SPM! Ya allah, Syukur alhamdulillah. 13 tahun aku menuntut ilmu. Akhirnya sampai pun ke SPM. Aku tahu ini bukan yang terakhir dan perjalanan hidup juga masih panjang. Banyak benda yang aku kena belajar. Ilmu takkan pernah cukup.

    Banyak kenangan manis. Dan juga yang pahit. Kenangan manis akan sentiasa tersimpan di dalam hati. Untuk selamanya (: Yang pahit? Terima kasih kerana kau telah mengajar aku erti kehidupan. Mematangkan aku dalam semua keadaan. Bila kita senang orang akan kenal kita. Dan bila kita susah, kita akan kenal orang.

    Guru, Terima kasih kerana mengajar aku tanpa erti penat dan lelah. Dan sentiasa bersabar dengan perangai aku. Tingkah laku aku. Terima kasih guru kerana sentiasa memberi nasihat tanpa jemu. Terima kasih kerana sudi menjadi ibu dan bapa ketika aku di sekolah. Guru, Jasamu dikenang sepanjang hayat :) Tak akan pernah aku lupakan. Tanpa 'guru' aku bukan insan yang mempunyai ilmu. TERIMA KASIH!!


Tadika Seri Separap: 2001-2002
Sekolah Kebangsaan Seri Separap: 2003-2008
SMK Dato Onn: 2009-2013 1 Mutiara, 2 Ratna, 3 Ratna, 4 Mutiara, 5 Mutiara.



Older Post . Newer Post

Cutely Made by : Ieka Salju | Cute BG : AtiQah
Owned by : Zatty
Best View in Google Chrome